JCS, Selayang Pandang (Video)
 
Kami cadangkan penggunaan pelayar Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768
Ketahui lebih lanjut mengenai saranan-saranan penggunaan sistem

Iklan Kekosongan Jawatan di dalam sistem www.elx.gov.my dipaparkan juga di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada setiap hari bermula jam 7.45 pagi sehingga 10.30 pagi di RTM 1

Sistem Penjodohan Pekerjaan - Job Clearing System (JCS)

Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS) adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.

Objektif sistem ini adalah untuk meningkatkan mobilisasi tenaga kerja negara dan untuk memastikan penggunaan tenaga kerja secara optimum melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik.

Menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh orang ramai. Sistem ini boleh dicapai samada dari dalam atau luar negeri termasuk para pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing.